
Tambah baik penguatkuasaan penggunaan pukat pari dan tunda yang menjadi ancaman utama penyu di Terengganu
Kami menggesa kerajaan untuk menambah baik penguatkuasaan penggunaan pukat haram di kawasan perairan Terengganu. Pemantauan lebih kerap dan besar-besaran perlu dilakukan untuk memastikan pukat haram tidak lagi digunakan oleh nelayan sehingga menjadi ancaman utama kepada penyu.
83 peratus kematian penyu dikenalpasti disebabkan tersangkut pada pukat pari dan pukat tunda yang digunakan oleh segelintir nelayan yang tidak bertanggungjawab berhampiran kawasan pendaratan penyu.
Sejumlah 153 kes kematian penyu telah direkodkan sepanjang tahun 2019 hingga 2021.
Walaupun pelbagai faktor yang meyebabkan kematian penyu ini, namun terbukti bahawa pukat haram menjadi penyebab utama kematian penyu di perairan Terengganu.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas dalam menangani isu ini kerana negeri Terengganu adalah habitat dan lokasi pendaratan penyu yang tertinggi di Malaysia, merekodkan sebanyak 25,106 pendaratan penyu dari 2016 sehingga 2019.
Jika isu ini tidak ditangani dengan segera kemungkinan besar negara kita akan kepupusan haiwan reptilia itu yang sesetengah spesisnya sudah terjejas seperti penyu karah dan penyu lipas .
Langkah penguatkuasaan yang lebih tegas perlu diambil untuk menyelamatkan nyawa penyu yang sudah sedia terancam. Selain itu, pihak berkuasa perlu menggesa dan mewajibkan semua nelayan untuk menggunakan sistem Peranti Penyisih Penyu (TED) yang mampu menyelamatkan penyu yang terperangkap di dalam pukat nelayan.
Isu ini perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa agar populasi penyu dan ekosistem terjaga ini selaras dengan Nilai Teras ke-7: Pembangunan Mampan di dalam DKN 2021-2025.
Oleh: Nor Hashimah Binti Ishak
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pembangunan Mampan Malaysia
SUMBER:
- https://www.sinarharian.com.my/article/188234/EDISI/Pukat-malas-pembunuh-utama-penyu-di-Terengganu?fbclid=IwAR0Ol2PzVnZmhS4i2SfZOw7bIjlJroQF0QnjANQFe-UPLgjUYM5Ghr9p55g
- https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/07/837363/kadar-kematian-penyu-di-terengganu-membimbangkan?fbclid=IwAR0Ol2PzVnZmhS4i2SfZOw7bIjlJroQF0QnjANQFe-UPLgjUYM5Ghr9p55g#google_vignette
- https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/01/25/pantai-terengganu-pilihan-pendaratan-penyu/?fbclid=IwAR3yu8u6b68ucRA5zdZgOQ7MN0DfgZnRvDvnIBfSIOaEPq-k7gx8GDPR7qY
- https://premium.sinarharian.com.my/article/154109/sinar360-/infografik/10000-penyu-mati-setiap-tahun?fbclid=IwAR12mnqMePeTLvhmu3rW_JHuRknquZDqDBSobXlGb-IEVJeqngGZOerlUKA
- https://www.sinarharian.com.my/article/188234/EDISI/Pukat-malas-pembunuh-utama-penyu-di-Terengganu?fbclid=IwAR34Kba7v1SXLEK90QYHEAcHxeRqxY9-i67r1N0IozCUtc8G3QnSaGtxcZw