
Rakyat Kedah masih menghadapi masalah air sehingga kini
Masalah bekalan air di Kedah bukan lagi satu perkara yang baru malah sudah wujud sekian lama. Sejak kebelakangan ini, gangguan bekalan air sering berlaku dan menyebabkan kehidupan penduduk dan peniaga terjejas.
Sejak tahun 2007, tekanan air rendah dan gangguan bekalan air telah sering berlaku. Keadaan ini bukan sahaja wujud di Sungai Petani malah daerah-daerah yang lain seperti Sik, Ulu Muda, Baling dan Kuala Kedah turut wujud masalah yang sama.
Kerajaan pun sudah beberapa kali bertukar, namun masalah bekalan air juga belum diselesai. Kadang kala buka air paip, yang mengalir keluar bukan air bersih tetapi air kotor. Penduduk tempatan terpaksa bergantung dengan sumber-sumber alternatif lain seperti membeli air bersih, penapis air atau pam air bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian.
Perkara yang paling teruk apabila tiada bekalan air tetapi penduduk setiap bulan masih perlu membayar bil air. Kesengsaraan yang dihadapi rakyat akibat kesan pandemik Covid-19 belum lagi pulih sepenuhnya, kini masih perlu mengeluarkan duit sendiri untuk beli air bersih. Perkara ini telah membebankan orang ramai.
Bagi menjawab isu ini, Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi telah menyalahkan para pekebun dan pemilik ladang atas sebab mereka menyiram tanaman mereka pada waktu malam. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan Kedah mempunyai beberapa projek yang belum diumumkan dan sekiranya dilaksanakan, ia boleh mengakibatkan pencemaran sumber air di Sungai Muda.
Berdasarkan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Projek Pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) bersebelahan tebing Sungai Muda, mungkin menyebabkan sungai tersumbat, pencemaran air yang akan menjejaskan bekalan air dan membabitkan jutaan penduduk.
Walaupun penduduk tempatan telah membuat aduan kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) tetapi jawapannya tetap sama. Alasan mereka sama ada tekanan air rendah, paip telah lama atau paip bocor. Apabila berlaku gangguan bekalan air, SADA setiap dua hari akan datang ke kawasan perumahan untuk membekalkan air. Walaubagaimanapun, ini bukan cara penyelesaian untuk jangka panjang dan tidak boleh mengatasi masalah secara mendalam.
Sumber air bersih adalah sangat penting untuk menilai kekemajuan sesebuah kawasan. Menurut Matlamat Pembangunan Mampan Ke-6 yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah memastikan kecapaian dan pengurusan mampan air dan sanitasi kepada semua. Perkara yang mengecewakan adalah kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan yang berkesan untuk tempoh jangka panjang.
Oleh itu, Pertubuhan Pembangunan Mampan Malaysia menyeru kerajaan memandang serius terhadap isu bekalan air di Kedah dan merancang cara penyelesaian jangka masa panjang untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Boey Suet Yee
Setiausaha Pertubuhan Pembangunan Mampan Malaysia
SUMBER:
- https://www.malaysiakini.com/news/550716?fbclid=IwAR13Ka8dl-Ti7-F3gzbtnCK59v7vmqt3w0N-ML1kEB6qyo101VKvZA–mV8
- https://www.thesundaily.my/home/water-disruption-complaint-received-from-baling-residents-following-hot-weather-NX7123852?fbclid=IwAR0onV9roLIsjQJWhY3pZ60rma3tE-EvIU0UzfNMGur3GkXaSSUrgK9YrOk
- https://www.sinchew.com.my/20210222/%E4%BD%8E%E6%B0%B4%E5%8E%8B%E6%88%96%E5%88%B6%E6%B0%B4%E5%9B%B0%E6%89%B010%E5%B9%B4-%C2%B7-%E5%90%89%E6%89%93%E6%B8%AF%E5%8F%A35%E4%B8%87%E4%BA%BA%E6%AF%8F%E5%A4%A9%E4%B8%BA%E6%B0%B4%E7%83%A6/
- https://www.sinchew.com.my/20220421/%E5%B1%85%E6%B0%91%E9%95%BF%E6%9C%9F%E9%9D%A2%E5%AF%B9%E5%88%B6%E6%B0%B4%E9%97%AE%E9%A2%98-%E7%BA%B7%E7%BA%B7%E8%87%AA%E6%8E%8F%E8%85%B0%E5%8C%85%E6%8A%BD%E5%8F%96%E5%9C%B0%E4%B8%8B%E6%B0%B4/
- https://www.themalaysianinsight.com/chinese/s/376920?fbclid=IwAR1OR53rclVtZoxx9jSU-c1PAel_g36NhKanf8KEB4Z8vxeF2gDEMEDSFfs
- https://www.malaysiakini.com/news/608347?fbclid=IwAR1hzmBQlSTrx7GZkPTlyMFAdFaky3TEEij4AayEhkk1wCLXbPIU4oLJ39M
- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/797125/pulau-pinang-mungkin-pam-air-selut-sungai-muda?fbclid=IwAR2cK2Btf3vuGokLBNAWOCX6YgOaY-akYdNmWfk-GbFAcRYNPyqYV4GAH2Q
- https://www.nst.com.my/news/nation/2021/08/722745/kulim-airport-wastewater-discharge-sg-muda-risks-well-being-livelihood?fbclid=IwAR2TupAaiURt3xOVYSykIR3zgM9SQ3TErMD_FE6wsGzcvUSqKqouWX3uqEA
- https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/23/p-pinang-laung-amaran-kesan-bina-lapangan-terbang-kulim-berhampiran-sungai/?fbclid=IwAR0iGt2XmGFMARkOnm7rJnCuK9e6-J1BpTwbH9A5tIlC7jt6Nybql_1_V1E